PESTA ANG PAU menyaingi PBTUPM,

GMM kian terdesak.

 

 

Mesyuarat Agung PMIUPM diadakan pada Minggu Keempat Semester Kedua 2006-2007 ini, yang menyaksikan satu lagi pertubuhan berdaftar di UPM akan merancang operasinya di UPM bagi kesejahteraan mahasiswa sasar.

 

Baru-baru ini, selama 5 hari Persatuan Bahasa TiongHua (PBTUPM) tajaan GMM telah mengadakan roadshow haram di Flat Sri Serdang. Kini giliran mahasiswa cina dari kelompok lain pula yang 'mengambilalih' suasana apabila pasukan penaja Pesta Ang Pau (PAP) UPM membuka kaunter mereka berhampiran pintu keluar-masuk UPM-Flat.

 

Poster-poster Pengajnjuran Pesta Ang Pau juga lebih dahsyat banyaknya berbanding poster PBT yang ditampal oleh ahli GMM.

 

Apakah dengan kehadiran pasukan mahasiswa Cina dari Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPPUPM) ini, ahli-ahli GMM akan merasa tergugat lalu menghentikan operasi mereka? Apakah mereka enggan berusaha lagi untuk berjuang mendaftarkan PBT tajaan mereka?

 

Setahun sesudah PAP berlangsung, PAP pada 2007 bakal mengembalikan kehangatan mahasiswa dalam menganjurkan satu lagi program hebat. Tidak sehebat program pertandingan catur cina anjuran PBT tajaan GMM baru-baru ini yang melihat tidak adal langsung penyertaan.

 

PBTUPM tajaan GMM banyak membuat acara selain pertandingan catur sejak 1 minggu ini, antaranya jualan lagu penyanyi, sukarelawan banjir dan lain-lain, namun apa yang ditunjukkan dalam laman web PBTUPM adalah cuma 'menang sorak' sahaja. Hore-hore GMM tewas lagi.

 

 

Editor JAMIS UPM.

26 Januari 2007.

 

<<Kembali ke Halaman Utama JAMIS UPM.